|
SINGLE???
Saturday 26 April 2014 | 09:54 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Assalamualaikum............SINGLE?? Owh satu title yang sering diberikan kepada seseorang yang keseorangan seperti aku. Bukan pada maksud sebatang kara tapi ini lebih kepada bermaksud tiada teman pasangan. Sejujurnya tiada istillah siapa yang single dalam dunia ini kerana walaupun dia tidak mempunyai jodoh didunia tetapi Allah s.w.t sudah menetapkan jodohnya disyurga. Percayalah !!!! Apakan daya walaupun hidup masih muda tapi aku tetap dibelenggu oleh rasa bosan . Cemburu dan iri hati melihat kawan kawanku berkasih sayang walaupun aku tahu semua itu haram dan tidak layak untuk dicemburu kan. Lumrahlah jika aku iri hati kerana aku juga mengingin kan seperti itu. Keluar jejalan, Makan bersama, Menonton wayang berdua dan Bermesra sambil berpimpingan tangan. Jujur aku inginkan seperti itu. Jika aku tidak dapat merasa semua itu sekarang tapi aku yakin semua itu in shaa allah aku akan merasa juga suatu hari nanti di alam perkahwinan. Ketika itu tiada siapa yang bisa melarang lagi kerana hubungan kami sudah Halal. Itu kan lebih baik. Saat kawan kawanku bersama kekasih meraka aku hanya melihatnya dari jauh sahaja. Tidak mampu seperti meraka. Bukan aku tidak pernah bercinta tapi perhubungan kami tidak pernah bertahan lama. Aku juga inginkan perhubungan yang kekal sehingga ke Jannah. Lelaki yang mendampingan aku semuanya tidak boleh pakai kerana semuanya ada maksud tersendiri. Aku inginkan lelaki yang boleh tegur aku jika salah, bimbing aku jelan yang benar bukan lelaki yang menghancurkan hidup aku. No Way ok !!!! Susah nak jumpa lelaki macam tu sekarang ni yang ada semuanya memandang rupa dan kerana badan. Rupa aku?? Tak la begitu cantik tapi alhamdulillah lah tak cacat. Badan aku?? Hmmm mantap, berisi dan chubby, Disebabkan itu ramai lelaki sukakan aku kerana badan termaksudlah pakistan. WTF !!! Aku pasrah aku redha. Itu sahaja yang mampu aku katakan. Aku akan menunggu dan terus menunggu seorang jejaka yang akan hadir mengubah sikapku yang obses terhadap pakaian dan membawa aku kejalan yang diredhai. In Sha Allah akan ada lelaki seperti itu. Aku hanya perlu menunggu. Sabarlah wahai hati..... Waalaikumusalam............ Dari adik angkat menjadi crush
Saturday 12 April 2014 | 10:10 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Assalamualaikum............Mengimbas kembali detik detik perkenalan antara saya dengan sidia yang bernama EBY NUR KHALID BIN ROSELAN. Bermulanya cuma sebagai sahabat dan seterusnya saya mengambilnya sebagai adik angkat. Sayangnya itu cuma tittle atas gelaran yang diberi oleh kami tapi tidak sebaliknya. Pada suatu hari saya bersama sahabat karib saya Saidatul Aisyah bt Yahya berjalan2 sambil menenton artis berlakon di kawasan persekitaran rumah saya. Ternampak kelibat 2 orang jejaka yang sedang usya 2 orang gadis iaitu saya dan Aisyah. Pada mulanya saya tidak melayan sidia yang bernama Eby tu sehingga dia tekad dengan mencuba nasib meminta number Fon Aisyah. Pada mulanya sangkaan saya dia berminat pada Aisyah. Lelaki semua sama saja bagi saya. Tidak ku sangka tidak ku duga rupanya dia minta number saya dekat Aisyah . Sangkaan saya dia hanya ingan mengayat Aisyah itu. Rupanya kerana susah untuk meminta Face to Face makanya dia mengambil keputusan untuk meminta kat kawan saya. Bermulalah detik perkenalan kami dari hari ke hari. Ku sangkakan umurnya sudah melepasi angka 20an dek kerana wajak nya yang tampak matang tapi rupanya sangkaan ku meleset. Umurnya baru sahaja 17 tahun. Muda lagi rupanya. Adik2 la katakan. Kerana adik bawahan umur aku berfikir yang dia sangatlah mentah dan berfikiran kurang matang. Aku kurang sukakan orang umur bawahan. Tapi sekali lagi sangkaan aku meleset aku termakan dengan kata kata aku sendiri. Aku mula jatuh hati kepadanya, tidak ku sangka dengan umurnya 17 tahun tapi layanannya seperti lelaki 20an. Sungguh berbeza dengan usianya. Ya Allah sungguh terkejut aku dengan layanan nya itu terhadap aku. Lama kelamaan aku mula menyukainya dek kerana dia sering memberi perhatian dan mengambil berat tentang diriku. Tidak diungkapkan perasaan cintaan terhadapku tapi dia menunjukkannya melalui pergerakannya melayan aku dan cara keprihatinannya terhadapku. Pada mulanya aku mula menafikan kerana dia sendiri tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap aku dan aku menyangka dia hanya sekadar menganggap aku sebagai seorang kakak. Dalam diam rupanya dia meluahkan perasaannya terhadap aku kepada Aisyah. Aku sama sekali tidak mengetahui perkara itu. Sehinggalah suatu hari Aisyah menceritakan perkara yang sebenarnya kepada aku. Ya Allah tak sangka selama ini dia juga menyimpan perasaan yang sama terhadap aku seperti mana aku menyimpan perasaan terhadapnya. Bila aku sakit dia belikan ubat dan menjaga aku. Bila aku kelaparan pasti makanan yang sampai dihadapan rumah. Tiap2 malam dia masak aku makanan yang enak2. Sudah terbalik dia yang masakan untuk aku bukan aku yg perempuan ini yang masakan. Hahahah xD :3 Dalam melayaani perasaan yang semakin menebal ini secara tiba2 aku harus melupakan niat untuk bersama2 nya kerana sidia sudah berpunya. Lebih senang dikatakan pintu hatinya diketuk oleh 2 wanita. Oleh kerana ingin menjaga perasaan kekasihnya dia menolak aku sebagai kekasihnya tapi menjadi teman tapi mesra kepadanya. Aku takut walaupun sebagai teman tidak mustahil perasaan aku boleh memberontak kerana sukakan dia dan cinta tak berbalas.Oleh itu, atas nasihat sahabat aku Aisyah aku terpaksa undurkan diri demi kebahagiaan mereka berdua. Aku terpaksa lakukan semua ini walaupun hati aku terluka . Demi dia aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan dia bahagia walaupun bukan bersama aku. TERIMA KASIH kerana pernah MEMBAHAGIAKAN aku. To: Eby Nur Khalid bin Roselan By: Liyana |