|
Cinta tidak kesampaian
Friday 8 August 2014 | 08:48 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Hello everyone, Salam sejahtera and Assalamualaikum to semua manusia yang baca post ni. Ada ke orang baca?? Hahaha Waallahualam lah kalau ada bagus lah , kalau tak ada tak pape. Aku redha !Cinta tidak kesampaian? Perkara biasa lah, Aku pun dah lali dengan cinta tak kesampaian ni. Dah kerap sangat. Muka waa kena reject bhai ! hahaha xD. Kenapa post semua kebanyakan pasal Cinta tak kesampaian? Ntah lah mungkin itu sumber cerita aku dalam blog ni. Kalau nak dibuat novel pun boleh ni sebab kalau nak dikirakan memang dah banyak sangat kisah cintan cintun aku ni. Tapi kali ni aku nak cita pasal last crush aku sebelum aku single selama setahun. Last crush aku ni merupakan seorang yang sebaya dengan aku. Tapi sayangnya dia sudah berpunya. Apakan daya dia lebih memilih sidia berbanding aku. Tipulah kalau aku tak kecewa tapi apakan daya dah memang nasib aku macam ni. Sidia capital A. Sebelum ni aku pernah single tapi tak pernah selama ni mungkin hati aku mudah diketuk oleh lelaki dan mudah dikecewakan. Akibat terlalu kecewa aku ambil keputusan untuk sendirian sampailah kehari ini. Lelaki yang terakhir adalah dia capital A. Ada satu kata kata dia terhadap aku membuatkan aku terfikir fikir dengan kata kata itu dan membuatkan aku bertambah tak percayakan lelaki lagi. Lelaki semuanya sama ja. Kenapalah semua yang aku kenal tak pernah sedar akan kehadiran aku . Yang mereka tahu permainkan perasaan perempuan saja. Pentingkan paras rupa pulak tu. Masa kenal dalam laman sosial semua indah belaka, Lepas jumpa terus lost contact. Hodoh sangatkah aku ni? Sampai diperlakukan sedemikian? Bila aku dah mula sayangkan seseorang itu, kenapalah mudah untuk aku kecewa. Apa yang aku inginkan tak pernah aku dapatkan. Puas aku menangis demi dia. Bila fikirkan balik yaa allah buang masanya aku menangis untuk orang yang tak pernah sedar kehadiran aku. Aku dah cuba move on tapi aku masih dibayangi dengan muka dia dan nama dia. Setelah setahun nama dia masih terpahat dalam hati aku. Dan kali ini aku pelik kenapa aku sedikit pun hati aku tak terbuka untuk lelaki lain.Allamdulillah itu maknanya Allah nak jaga hati kita dari membuang masa bercinta dengan seseorang bukan jodoh kita. Jodoh kita akan datang dengan sendirinya tanpa dicari dan tanpa disedari. Mudah mudahan lah. Aminn ! |