|
sahAbatku
Friday 31 August 2012 | 09:09 | 1 Dancing Queen and Prince Says
Kulaan berdarau. Tahu apa mksudnya??? Sapa twu angkat kening! hehe . Jawapannye......aku pon tak tau. Hahaha. Hanya dia dengan keturunannya sahaja yg twu bhsa tu. Itulah kawan aku AIDIL a.k.a Labai keturunan banjar. Tapi rupanya macam jawa ja aku tgk. Elok sangat lah tu banjar dgn jawa 2 beradik. Tak caya? Try cakap jawa n banjar. Ada loghat dye bunyi sama ta? Ada kan???? Meyhhh sni ceqqq nak cyte sal dye ni. Uihhhhh jumpe dye mohan buat tak tahu je. Jangan tegur! Berani kau tegur mampos kau terjelin lidah dengar dye ckap banjar. Pekat gila babi. Dia ni nsem tak?? Bagi aku boleh2 la. Not bad. Aku bagi 20% drpd 100%. Bagus juga tu kn drpd tada lgsung. Manusia yg tak tahu malu dia ni lah. Amboi mulutt kalah Najib berhujah. Try a cakap dgn dye tgk apa dye nak kata kt hampa. Pedas2 siottt. Benci pula aku nak cyte sal dye ni. Stop jela! Sahabat karibku IKA. Cantikk ta? Mesti la cantik tgk la kwn sapa. Apa tak cantik???? Choiiii berani kau kata cmtuh? mmg nk mati btul la kau ni. siap la. HAHA. Aku syg gila kt dye ni cz dah byk sgt dye tlong aku esspecially dlm pljaran. Almaqlom la org pndai. Kan2 ika kn??? Dia ni sgle lg? nak msuk jarum ke???????????? Amboihhh kalut ngat aihh . Lexlue bro. Dia ni lain tak layan laki. Jumpa laki tada nafsu lgsung. Egt nak kta nsem ka apa tp haram apa pon tak kta. Aku ni laen pula pantang jumpa laki. Makkk aii mula setan msuk dlm bdan. Gatal gila siakkk! Apa pon dye lah yg terbaikk bg aku. Fuhhh marka cina. Taken by Yeow. This is my cousin SYIRA. Dia ni takat senyum manis la ,yg laen ummmmm not bad la. Dia ni genius mmg aku kalah la klow lawan dlm bab2 cmni. Syira ni 2x5 dengan aku ja. Almaqlom la bez cousin la katakan. Buat apa pon tetap bersama. Ni nak habaq body dye fuhhh memang mantap a. Tengok ja kecik tp body dye lawa kod. Jalous la aku cmni. K la nak stop dulu la. Nty smbung lagi k. Tatata ♣t¡p p∃njaGaan RaMbut♣
| 04:58 | 1 Dancing Queen and Prince Says
1.Cuci Rambut Setiap Hari
PETUA: Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Lebih afdhal, cucilah rambut anda pada waktu petang, sebaik sahaja anda pulang dari kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.
2. Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Pilihlah fabrik lembut untuk tudung anda. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda.
PETUA: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
3. Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.
4. Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk anda. Masalah rambut kadang-kadang bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.
PETUA: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan maklumat yang betul dan tepat mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan setakat mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.
5. Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, terus buka tudung anda dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa 1/2 jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau pun jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
PETUA: Sebaik-baiknya anda perlu berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.
♕ ♚ ♛Sɐhabɐt j¡ɯɐku♛ ♚ ♕
Tuesday 28 August 2012 | 04:03 | 1 Dancing Queen and Prince Says
Ok my first friend is HAJAR. Hajar ni lain macam sikit. Pendiam sikit orangnya. Bila sembang dengannya senyum ja memanjang. Tahulah senyum satu sedekah but janganlah 24jam kau nak senyum jaaa. Hajar ni segak orangnya. Rugi besar lah sapa tanak kawan dengan dye. Hampa nak tau dak dye ni kalau bersembang punyalah ayu. Aku berani jamin confom org yg jarak 2meter tanak dengar punyalah. Yang aku ni pula beza bebeno dengan dye. Aku sekali buka mulut memang susah lah nak tutup blik. Haha. Almaqlom lah alang2 dah buka mulut biarlah sampai abis crite. Right????? Hajar ni dah berpunya orangnya. Hak milik Khairul a.k.a Yon. Dorg ni sweet kod. Suka bercengkerama diam2. Tapi twu2 saja lah aku ni telinga kuali suka curi2 dengar n skodeng arg. Hahaah tapi still twu batas k.
My second friend is NAJMI. Mamat ni lagi hampehhh betul. Tak boleh belah langsung. Jumpa die asyik perang mulut ja. Haellehhh abg jambu ni takut apa aku depan ja cakap besar ,ajak fight nohhhh mampoihhh turun. Da tawu macam ni mmg sukalah aku acah dia. Hahaha. Ramai cakap muka die ni macam AARON AZIZ. Benarkah????? (ketawa sebentar). Agak besar kepala jugalah bila org samakan die dengan AA. Bajet hot die tuh mengalahkan Dato Najib. Dato Najib pon tak hot macam kau. Najmi ni digelar ABANG JAMBU dikalangan kawan2 malahan my fav SIR aku pon gelarkannya yang sama. Bangga gila nak mampoihh Najmi ni. Mau ja aku hempok kepala die kat dinding. Hoho sory la bro terkutuk sat. Heheh. Guys!! Najmi ni sudah ditempah oleh NURFARAHIN ok(gambar bawah).
Now tiba masanya untuk menceritakan ttg NURFARAHIN kekasih cerah Najmi. Ni pon kawan aku juga. Mana aku p mesti ada dye. Boleh dikatakan macam kembar da aihhh. Tapi sperm n ovum telah membuktikan bhawa aku dengan pain keluar dari benih yang lain. Lain mak lain bapa k. Hehe. Wei hampa tanak try test awek ni ka? Cun kod. Oppss sory dah berpunya k. Dalam claz dialah yang paling segak. Muka tegang dah macam istri Dato Najib lah pula aku tengok. Elok sangatlah tu . Kan2???? Aku sayang gila kat die ni sebab dye ni dah banyak habiskan duit untuk aku. Bukan satu dua tapi dah belambak dah pon. Memang tak terbalaslah jasamu kawan. Barang2 yang gunakan untuk seharian kebanyakkan drpd die. Untunglah aku dapat kawan yg tak kdekut. Besttt gila siott kawan dengan die tp hati2 die ni garang sikit. Ada yang tak kena siaplah kena pangkah. Ganas sungguhh......
HAKIMI my old friend, Boleh dikatakan rapat jugalah. Die ni payah sikit nak kenal karektor. Kejap lain kejap lain. Boleh dikatakan setiap masa die berubah karektor. Bila time sweet die memang bestlah die hiburkan kami dengan sore dye yang ala2 JASON MRAZ tu. Sekali dengar perhhhhhh boleh jatuh hati oo. For ur infomtion dye ni penyanyi tpi untuk kelab2 saja2 lah. Die ni dah ada band sendiri dah pon. Berminat???? Sila call ditalian 014..........tekan2 tak dapat. (^_-). Korang!! kalau terjumpa die ni kat laur jangan terkejut tau coz ni tinggi nak mampoihh. Aku sja dah dekat paras perut die. Tinggi right?? :D . Apa korang tackle dye??? Mintakk simpanglah die ni Rauna yang punya. Nak juga?????? Ehhh degil betullah korang ni. Ok2 try call nom ni 999. Mintak izin dulu k. Die benarkan baru korang boleh tackle. heeeeeeeee. Korang nak dengar sore die nyanyi tak?? Ok2 nah tengoklah
https://www.facebook.com/photo.php?v=160623277325345
Fuhhhh anak orang kaya AZIDA. Bapa dah pencen tapi tak lama lagi bakal menjadi pelatih PLKN. Nasiblah sapa yang dapat dengan bapa die. Dengar crite bapa die garang. Yupp2 tak tau lah hampa. Haha. Cuba hampa teliti betul2 ada iras2 siapakah?? Ha Ziana Zain?? Isshh jauh pangkal jalan sungguh. Teka lagi!!! Apa Scha Al-Yahya??? Ummmm hampir2 la. Belum tepat lagi. Teka lagi!! Adibah Noor??? Makkk aiii jauh beno larinya. Apalah korang ni semua salah teka. Ish2. Meyh sni aku gitau lah. Muka dye ada iras2 INTAN LADYANA kan. Betul tak? Cuba korang tengok balik gambar dye. Kalau YA angkat kaki . Kalau TIDAK jilat bulu ketiak. Hihi ada bran?????
Kawan aku yang paling buzy mulutnya iaitu AINA. Sehari tak cakap memang tak sah. Agak lain macam jugalah bila die tiba2 jd pendiam. Kena sangpuk kod nuhhh. Dia ni mmg payah lha nak tengok sedih. Happy ja memanjang. Sedih ka kecewa ka die tetap teruskan agendanya mewarisi mami jarum. Uihhh sekali bercrita tangan2 naik sekali. Baru macam mami. Kan2?? Almaqlom lah tanah kelahiran dekat peneng. Memang sesuai sangatlah mewarisi legasi mami. Hhaha. Ni cekk nak habaq ni pelakon. Uihhh toksah la pikaq filem apa dye blakon. Memang tak jumpa la. Die ni pelakon dalam clas ja. Habaq jaa crite apa semua dye tau lakonkan. (tudiaaaaa keluaq dah loghat udara ceqq). Dia ni minat korea. Ada sapa2 yang geng dengan die?? Sory aku tak minat sama sekali. Fulstop!!
---raya oo raya---
Monday 27 August 2012 | 02:38 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Raya oo raya. Sibuk seminggu dengan beraya sampai tak sempat buka buku. Wahai YANA sedarlah bahawa SPM semakin menghampiri anda. Aduhh naik gerun aku bila fikir tentang SPM ni. Sumpah aku belum ready lagi. Mak Ayah kakak nak enjoy lagi. Belum puas enjoy lagi dah nak kena fikir SPM. Fedup! Balik pada cerita raya aku. Raya tahun ni meriah yang teramat bagi aku sebab tahun ni aku dapat banyak baju raya. Haha. Tapi cerita bab duit raya memang sedih lha. Nak tahu ke? Ada ke patut ramai orang cakap aku dah berumah tangga. Agak2 lah meletup gini kau kata dah kawen. Ish2x. Almaqlumlah masa raya aku sedondon dengan cousin boy aku. Nama die SYUK. Jalan pula sekali. Mau tak orang kata da kawen ,Time tu juga aku dukung anak buah aku. Maw orang tak cakap aku dah kawen. HAHA. Dengan sebab tu aku kurang dapat duit raya. Kesiannnn..Kesiannnn. Pagi2 raya apa tunggu lagi ambil nfon snap la doe. Photografer cilik kami iaitu NUR SYAHIDA merangkap cousin aku. Bab2 snap ni serah ja kat dia memang dialah juara. Bak kata Nusutoq(syahida) "nak gambar boleh janji rm1 satu gambar" . Cishhhh tak ikhlas rupanya. Tape kau siap kau. Ada ubi ada batas ada hari ku balas. HAHA. Tak sampai hati pula cekk nak kerjakan si cilik banyak mulut ni. Sabar jela........Kalau nak suruh budak tu snap alamatnya bankrup lha aku jawapnya. HAHA. 2 pic ja yang termampu pon. Total rm2. Cukup2 modal ja. Lepas ni if aku perlukan tukang snapkan pic memang aku tak ambil budak kecik ni la lha. Banyak songeh. Hhaah sory Nusutoq . Pape pon gambar yang dia ambil ni memuaskan hatilah. Sekurang2nya berbaloi juga lha 2ringgit aku tu. Tak lah habis membabi buta ja. Uiishhh Lega. Arggghhh sedondon right? Yess i know it. Memang motif kami nak pakai warna serupa pon. Sapa comel lg?? Aku kan? HAHA prasan sat. Dua2 dah berpunya . Kiri tu SYAHIRA taken by YEOW. Then kanan tu aku lah YANA taken by IMAN. Aku dengan dia ni berbeza sikit. Aku berisi then syira pula kering. Memang bezalah. Kadang keluar orang tak kata cousin or kawan tapi dorang cakap aku kakak die. Sedih kan. (T_T) . Padahal umur kitaorang sama saja cuma membezakan tarikh lahir saja. Btw aku happy sangat dengan raya tahun ni. I hope raya tahun hadapan akan lebih meriah. ☠photoshoot☠
| 01:32 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Dekat pokok pun boleh jadi. Heran apa aku janji pose. Jenuh aku fikir nak pose macam mna. Tibai saja la. Lepas habis phoshoot baru terfikir macam2 gaya aku nak buat tapi apakan daya sudah terlambat. HAHA. Gaya aku tak se'hot model2 yang ada kat Malaysia ni. Tak mampu nak sampai tahap macam tu. Posing kat pokok ja yang termampu pon. HAHA. Teringin pula pose dengan kawan aku yang jadi model sebenar pada hari photoshoot tu. Tunggu punya tunggu last2 tak sempat2 juga nak shoot. KECEWA. Tengah tengok handphone. Biey kami meseg. Hehe saja nak gitau. Apa lah abg Rizal ni ngah tengok nfon pon nak shoot ka?? Agak2 la.. Tapi ramai cakap gambar ni cantik. Betul kew??? Wahhhhh makin kembang lah aku macam ni. HAHAHA. Mak aku cakap gambar ni lah paling buruk sekali. Ha what"s????? Apa lah mak aku ni semua cakap cantik dye cakap tak cantik. jeles lettuw. HAHA Ehhhhh tersesat pula satu gambar ni. HAHA. Gambar ni diambil pada hari yang berbeza. Photoshoot ni yang paling aku suka. Tempat dye cantik gila siottt. At Tasik Ambangan Height. Kali ni model dye memang betul2 aku tadak tumpang2 dah. My photografer SYED DAMIEN.Name yang unik lagi berstail kan. Yesss i love this name. Cuba anda perhatikan betul2 apa yang berbeza aku yang dulu dengan aku yang sekarang? Yesss right bebeh my body. Badan aku sekarang dah berisi gila. Nampak kemampatan isiku. Mukaku yang semakin tenbam. Pehaku yang semakin montel. Berat dari 45 naik 54. Nampak disitu berapa bezanya. 10Kg. Kau mampu? Hahah aku mampu. Tapi dengan bantuan makanan berkolestrol tinggi. HIHI Arrgghhhhh penat suda menaip ni. Time untuk study pula. Lupakan sebentar pasal photoshoot. Now fokus pada SPM Candidate 2012. Tata all. Muahhhh Lens kite lah
Friday 17 August 2012 | 07:53 | 0 Dancing Queen and Prince Says
My new lens for raya this year (oh my english). Cantik tak?? Brown Colour and Dark Blue Colour Lens. Yang brown colour tuh design api while yang blue colour tuh design butterfly. Interesting right? yeahhh i know it. Hahax. Brown for first day. Blue for second day. Wahhh raya sakan lah aku tahun ni. HAHA. Nanti aku snap lah pic pakai lens ni ok. Waittttt!!
I want it!! Cantik bukan?? I love it! I hope satu hari nanti aku akan dapatkan lens macam ni. Simple but menyerlah. Right? Warnanya mencengkam kalbu dan jiwaku. Perhhhh tak sabar gila nak miliki lens macam ni. <3
Smooth colour. Warna yang lembut . I like it coz nampak nutral . Aku nak yang ni juga boleh?? Cantikkk!! "Mama,kakak nak 1 lens macam ni boleh?" Perhhh bangga gila siott if mama aku belikan macam ni. Seronok tak terkira! haaha
Warna impianku! Sudah lama aku impikan warna macam ni tapi belum juga ku temui yang bertakhta dihati. H0ho. Terang itu menawan. Itu yang ku mahukan. Next time nak cari pula lah warna macam ni. Cantikkkkkk!! Mesti seram kan tengok aku pakai warna terang2 ni. Betul tak? ahah
Cantik Tertarik kau memang de bom! Wahhh seronoknye . Ku tujukan khas untuk lens ni. Warnanya makkk aiii hantu pon takut macam ni. Hahaha. If aku pakai lens macam ni kopom orang tak pandang aku dah. Dorang pandang lens aku ni jaa. Menyerlah sangat kod nuhh. Btw cantik kan?? Dah lama cari lens ni tapi semua corak tak menarik. So bersabar n berserah jela. Haha Waduhhh2 kepiying benar lens ini. HAHA jadi indon sat. uwekkk!! I hope all lens can give me satisfaction yang mendalam. Nanak juga! Ta dapat siap lah. Nangis puas2 kang. Hahah EYRA HAZIRAH
Thursday 16 August 2012 | 06:12 | 4 Dancing Queen and Prince Says
baju raya sayeee
Wednesday 15 August 2012 | 00:05 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Raya ooo raya. Tak sangka sekejap je dah raya. Pejam celik pejam celik dah sampai hari raya. So persiapan nak raya mestilah diutamakan. Tahun ni aku raya 4 pasang baju. First time dapat baju banyak. Alhamdulillah rezeki. Dengan bangganya aku nak tunjukkan baju raya aku ni.
My first baju raya. Pinky Dotty Micikiey. Cantik tak?? nak cite kisah baju ni. First aku tak hingin pon dengan baju ni coz simple sangat. But dengan agenda ingin menambah koleksi baju raya aku gagahkan diri terima baju ni. Selepas 2,3 hari terasa lawa pula baju ni. Aku pon terima dengan hati yang riang . Hahahx
My third baju raya. Oreno Dotty Micikiey. Baju ni aku suka gile coz banyak bling2. Sumpah sayang gile dekat baju ni. Tapi dengan baju ni lah paling banyak pengalaman. Pertama kali aku ambil warna pink saiz ss. Memang cantiklah tapi sayang ketat dekat tuttttttttt(fikir sendiri). Then tukar ambil warna hijau. Memang nutrallah. Cantik pon cantik. Alamak terambil saiz sama ss juga. HAHA terpaksalah tukar semula. Lastly aku ambil warna oren pink(dalam gambar). Baju yang paling menarik 2 kombinasi warna. Kali ini memang aku puas hatilah. Saiz s. Muat2 saja tadak yang ketat. Alhamdulillah.. TIADA GAMBARHah tiada gambar?? Memanglah coz baju keempat aku belum siap lagi. Dalam pemprosesan. TUNGGUUUUUUUUUU! Yang pasti baju keempat aku warna putih. Whitening Dotty Micikiey. Suci lagi murni. HAHAx
Sekian saja coretan aku tentang baju raya ni. Aku ada 4pasang. Korang pula?????
cinta tidak kesampaian
Tuesday 14 August 2012 | 05:55 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Cinta yang romantis mungkin berakhir dengan cinta yang paling menyayat hati.......Hidup tanpa cinta tiada makna untukku...... Air mataku ini tiada perasaan terhadapmu...... Lebih baik bersendirian dari bersama dengan si dia yang tidak sesuai untukku....... Jangan serah diri bulat-bulat jika baginya anda hanyalah pilihan semata-mata....... Mungkin baik untukku, jika tidak bersama. Cinta mungkin satu bab mudah bagi lelaki, tetapi bagi gadis sepertiku yang menganggap cinta itu seperti sebuah buku...... Mungkinkah cinta yang paling bermakna adalah cinta yang tak kesampaian. ayat ini dicopy dari internet! kau yang bernama iman
Friday 10 August 2012 | 00:58 | 2 Dancing Queen and Prince Says
Inilah jantung hatiku yang ku harap akan jadi CINTA MATIKU. Tak terucap kata sayangku kepada dia kerana dia terlalu berharga untukku. Bukan aku tak paham isi hati dia tapi caramu membuatku kadang kala terfikir apa motif dia mengenali hati budiku. Adakah cuma semata2 untuk mengisi kekosongan diri atau atas dasar cinta???? Detik demi detik yang kita lalui bersama cukup buatkan kau adalah PELENGKAP HIDUPKU. Luahan Hati Terluka-
Wednesday 8 August 2012 | 02:37 | 0 Dancing Queen and Prince Says
L: Pertama kali ku mendengar suaramu
Sayunya hatimu merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
P: Kini ku telah jatuh cinta padamu
Suaramu yang merdu membuat aku rindu
Alangkah sedih dan kecewanya aku
Bila engkau mempermainkan cintaku
L: Akanku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jika kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
P: Kerana kecewa hidupku merana
Dan bila ku tahu kau sudah berpunya
Kau membuatku percayakanmu
Sehingga aku ditipu
L: Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
P: Ku ditinggalkan setelah dilukai
Kau membuatku tak mahu bercinta lagi
Mengapa sayang kau buat ku begini
Terluka hati ini pabila sebenarnya
Cintaku dikhianati...
L: Biarpun ombah yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
P: Kasihku, jujurlah padaku
Jikalau kau tak cintakanku
Cukuplah sudah kau mempersiakan ku
Pergilah dari hidupku
Inilah luahan dari hati yang suci
caraku kuruskan badan
| 02:11 | 1 Dancing Queen and Prince Says
Ada nampak persamaan n perbezaan tak???inilah aku dulu dan kini!! haha dulu aku berisi and berkulit gelap but now aku dah kurus tp kulit tuh tak lah berapa putih sangat. haha . SUMPAH aku miss gile dengan muka aku yang lama tapi aku happy dengan muka sekarang . Dulu zaman kanak2 mana tau berfesyen ni . Lani jangan kata pakai krim ja taw bermakeup pon dah terer k. HAHAX. Bukan senang nak jadi macam sekarang ni. banyak cabaran and dugaan yang kena dilalui. First, nak kurus memang menyeksakan. Nak tahu macam mana aku kuruskan badan??? Caranya senang je tp nak buat tuh perhhhhh memang susah lah. Aku puasa selama 2bulan. Time bersahur and berbuka aku cuma ambil 1sudu nasi dimakan bersama ulam atau sayur rebus then ikan rebus. Jangan guna minyak masak walaupun sedikit. Nak rebus pula janganlah terlalu lama nanti hilang segala zat yang ada cukup sekadar lembut. If malam2 terasa lapar jangan ambil makanan yg berat like nasi u guys jz ambil roti makan begitu sja tnpa mencelup roti kedalam air . Minuman pula u guys jangan amalkan minum air manis or berwarna . Macam aku, aku selalu ambil air kosong or mineral je. Mula2 mmg susah tp lama kelamaan air kosong pun terasa manis. Heeeeee. .Seeee!! easy right?? cubalah !! Siapa tahu dapat membantu u guys. Btw GOOD LUCK! lagenda sang kelembai
Tuesday 7 August 2012 | 02:32 | 0 Dancing Queen and Prince Says
siapa sang kelembai? ada yg menyebut dgn nama gedembai. ada kata dia raksaksa. ada pula yg menyebutnya sebagai hantu hutan atau hantu galah. ada pula mengatakan rupanya hodoh dan berambut panjang. ada lagi yg lebih terperinci mengatakan raksaksa perempuan berambut merah. lebih terperinci lagi mengisahkan pula buah dadanya terlalu panjang hingga terpaksa diletak di atas batu. ada juga yg menceritakannya sebagai perempuan biasa, malah cantik jelita, seperti dlm versi langkawi.
sang gedembai yang terdapat di pahang pula dikatakan mempunyai bulu kening yang tebal, berhidung pesek, bertelinga gajah, bertaring dan bertubuh tiga kali ganda saiz manusia, tinggal di sekitar sungai Pahang, dan makanannya adalah pucuk-pucuk buluh, buah-buahan dan juga daging. ada pula yg mendefinisikannya sebagai raksaksa perempuan.
namun ini kisah rakyat yg dilagukan oleh penglipur lara sejak turun temurun. walau penuh dengan mitos dan dongeng yg tidak dapat dicerna akal, namun inilah salah satu warisan budaya kita. dan mungkin juga sebuah kisah rakyat dari seberang yg mungkin dapat menjelaskan sebuah kisah di tanah besar. tiada siapa suruh percaya, namun keterkaitannya sangat mengasyikkan. maka beginilah ceritanya..
***
sahibul hikayat tersebutlah ceritera seorg pangeran dari keturunan raksaksa dari daerah sumidang yg bernama serunting. ada satu sifat buruk yg dimilikinya, iaitu selalu iri hati dgn milik org lain. adapun kerna rasa iri hati ini, serunting bertengkar dgn adik iparnya sendiri. dan beginilah kisahnya mengenai pertengkaran tersebut..
serunting dan adik iparnya, aria tebing, mempunyai sawah padi yg bersebelahan dipisahkan oleh sebatang pokok. di bawah pokok itu tumbuh cendawan. cendawan yg berada di kawasan aria tebing tumbuh menjadi emas, sedangkan cendawan yg berada di kawasan serunting tumbuh menjadi tanaman yg tidak berguna. serunting menuduh aria tebing telah menggunakan ilmunya utk mengubah cendawan di kawasan miliknya menjadi lalang.
maka suatu hari, terjadilah pergaduhan sengit antara serunting dgn aria tebing. kerana serunting lebih sakti, aria tebing hampir dibunuhnya, tetapi aria tebing sempat melarikan diri. aria tebing kemudiannya memujuk kakaknya, isteri serunting, untuk memberitahu rahsia kesaktian serunting.
setelah mengetahui rahsia itu, aria tebing kembali mencabar serunting. ketika pergaduhan sedang sengit dan aria tebing hampir kalah, aria tebing melihat lalang bergetar. segera aria tebing menancapkan tombaknya ke lalang yg bergetar itu, dan sayugia serunting langsung terjatuh dan terluka parah. serunting terkejut, kerana hanya isterinya yg mengetahui rahsia tersebut. merasa dikhianati, dia pun pergi mengembara.
serunting pergi bertapa ke gunung siguntang dan dijanjikan kekuatan ghaib oleh hyang mahameru, berupa kemampuan lidahnya mengubah sesuatu menjadi apa sahaja yg diingininya.
syahdan, dia pun berniat pulang ke sumidang. dalam perjalanan pulang dia menyusuri tepi danau ranau, dia melihat ladang tebu yg sedang menguning, dia pun mahu menguji kesaktiannya, maka dia pun berkata, "jadilah batu." maka benarlah, tanaman itu berubah menjadi batu. oleh serunting setelah itu dia menyumpah setiap org yg dijumpainya di tepian sungai jambi menjadi batu. semenjak itu beliau dikenali sebagai si pahit lidah. dan setelah itu dia pun mengembaralah dari satu daerah ke satu daerah.
***
alkisah diceritakan oleh kaum asli semai akan kisah gajah yg disumpah oleh sang kelembai. diperingatkan bahawa sesiapa yg sedang keluar berburu dan melintasinya, tidak dibenarkan menegur. jika tidak mereka tidak akan mendapat apa2 hasil buruan pada hari itu. adapun yg berlaku di daerah yg dikenali sebagai kampung gajah seperti berikut..
di suatu tempat di kaki bukit tunggal tinggallah sekumpulan gajah. satu hari, ketika gajah2 lain bergerak mencari makan, seekor ibu gajah tertinggal melayani anaknya yg sedang asyik mandi sungai. mereka tidak menyedari bahawa sang kelembai sedang tidur berehat di sekitar kawasan itu. kerana riuhnya bunyi gajah tersebut maka sang kelembai pun merasa terganggu dari istirehatnya dan menyumpah gajah tersebut menjadi batu.
adapun sang kelembai lama diam di kawasan batu gajah itu kerana dia suka memakan pucuk buluh di kawasan tersebut. penduduk kampung sangat takut dgnnya dan berpakat mencantas semua pucuk buluh di kawasan tersebut. dan keluarlah sang kelembai dari kampung tersebut.
***
dikisahkan pula, disuatu masa yg kita tidak peduli, oleh org tua2 bahawa sang gedembai pernah tinggal di sebuah rumah yg buatkan oleh orang kampung di langkawi. satu hari dia melintasi tanjung rhu dan menjumpai sebuah gua. dia sangat menyukai gua tersebut tetapi ternyata gua itu sudah diduduki oleh sepasang suami isteri dan tiga org anaknya. entah kerana kecewa atau marah, sang gedembai menyumpah semua isi gua itu, yg dikenali sebagai gua cerita, menjadi batu.
disuatu ketika lain, didongengkan bahawa sang gedembai telah bertemu dgn seorg perempuan yg sedang melahirkan anak. sang gedembai pun bertanya apakah yg sedang mereka lakukan, namun tidak dijawab oleh mak bidan dan perempuan tersebut yg sedang sibuk menyambut bayi yg baru lahir. marahlah sang gedembai kerna tidak diendahkan pertanyaannya, maka disumpahnya ketiga2nya menjadi pulau; pulau bidan, pulau bunting dan pulau telur.
***
alkisah pula diceritakan di negeri pahang, sang gedembai tinggal di kampung hulu sigai. sang kelembai ini sangat suka menganiaya org kampung dan menyumpah mereka menjadi batu, termasuklah penghulu tuk sali. satu hari, seorg pemuda misteri muncul berpakaian rapi dan mempunyai keris yg berhulukan gading. pemuda itu mengaku bernama putera indera sakti, anak kepada raja panca perseda. dia bertanya akan kesusahan hati org kampung dan setelah diberitahu akan perihal sang gedembai, dia berjanji akan melawan sang gedembai.
sang gedembai merasa sukahati melihat pemuda tersebut dan bermaksud mahu bermain2 dahulu dgnnya sebelum menyumpanya menjadi batu. sang gedembai bertanya apa yg dimahukan pemuda itu tetapi pemuda itu tidak mahu menjawab. ini menyebabkan sang gedembai marah dan menyumpahnya menjadi batu.
akan tetapi pemuda itu tidak menjadi batu. sang gedembai terus menyumpah namun tidak juga berhasil. dia menjadi takut dan melarikan diri. pemuda itu menghunus keris dan meletakkan di dahinya sambil membacakan mantera lalu mengacunya ke arah sang gedembai. langkah sang gedembai terhenti dan dia mengecil perlahan2 sehingga menjadi seekor katak yg kecil. org2 kampung yg dari tadi melihat dari jauh, langsung berkejaran dan memijak2 katak tersebut. mereka kemudian menggali sebuah lubang yg dalam dan menanam katak tersebut di dalamnya.
setelah itu pemuda tersebut menyembuhkan semua org yg telah disumpah menjadi batu oleh sang gedembai, termasuklah penghulu tok sali. maka berpestalah org2 kampung hingga terlupa mereka mengenai pemuda tersebut. mereka hanay menyedari setelah itu bahawa pemuda itu telah pun menghilangkan diri.
***
diceritakan lagi, ada sebuah batu yg disumpah oleh sang kelembai, yg mana jika sesiapa mahu meminjam pinggan mangkuk utk kenduri kahwin, hanya perlu menepuk batu tersebut dgn batang tepus dan menyeru berapa banyak pinggan mangkuk yg mahu di dipinjamnya, maka akan keluarlah pinggan mangkuk bertimbun2 dari batu tersebut.
syahdan, di satu tempat yg bernama hulu jepai, ada seorang raja mahu mengahwinkan puteranya, berdekatan dgn gua yg dijadikan istana. sang raja telah meminjam pinggan mangkuk dari batu sumpahan itu, tetapi lupa untuk memulangkannya.
hinggalah pada saat raja tersebut mahu mengahwinkan pula puterinya, maka digelarnya kenduri yg lebih gah dan mewah. sang kelembai telah hadir tanpa diundang. sang kelembai tidak menyukai sifat raja itu yg lupa janji dan membazirkan duit rakyat utk kenduri tersebut.
namun sang kelembai disuruh halau oleh raja tersebut. maka marahlah sang kelembai dan menyumpah sekalian yg ada dalam kenduri kahwin itu menjadi batu, termasuklah segala perkakasannya. istana raja yg disumpah itu kini dikenali dgn nama gua puteri.
***
ada lagi sebuah kisah di negeri pahang, sang kelembai tidak menyedari bahawa dia menjadi terlalu sakti hingga apa jua yg ditegurnya menjadi batu. satu ketika dia bertemu dengan seekor ibu gajah bersama anaknya di dalam hutan, sang kelembai bertanya arah tujuan kedua gajah tesrsebut dan kedua gajah itu menjadi batu. disatu hari yg lain, sang kelembai berjalan di dalam kampung, dia bertanya pada tukang masak apakah yg dimasaknya, malangnya tukang masak itu menjadi batu. lalu dia meminta maaf kepada sekalian org yg ada, dan semuanya juga menjadi batu.
setelah itu, mungkin dimasa yg lain, sang kelembai berjalan2 dan melintasi seorg tua yg sedang memasak bubur dalam sebuah periuk besar utk kenduri kahwin. org tua ini rabun maka dia tidak mengenali sang kelembai, dan dia pun menjemput sang kelembai ke kenduri kahwin tersebut. sang kelembai tidak mahu bersuara kerana tak mahu org tua itu menjadi batu, dan dia pun cuba melarikan diri, malangnya kakinya tersandung akar kayu dan dia jatuh tersembab. sang kelembai terkejut dan mulutnya mengatakan sesuatu, tanpa disedarinya itu telah menyebabkan org tua itu menjadi batu. marahlah sang kelembai pada dirinya, maka diangkatnya periuk besar itu dan dicampaknya ke sungai pahang. periuk itu telah menjadi sebuah pulau, yg dikenali sebagai batu kari, dan bubur yg tumpah dari periuk tersebut meleleh hinggalah ke sebuah kampung yg dikenali sebagai kampung bur, singkatan kepada kampung bubur.
setelah kejadian itu, sang kelembai tinggal di dalam hutan kerna tidak mahu bertemu dgn manusia lagi. namun dia sering memasuki kebun2 yg berada di tepi hutan utk mencari makanan. org2 kampung yg berada di pinggir hutan itu ketakutan, dan bermesyuarat bagaimana caranya untuk menghalau sang kelembai jauh dari kampung mereka. mereka mendapat satu akal, dengan meletakkan seorg tua yg tidak bergigi di dalam sebuah bekas bayi dan ditinggalkan di laluan sang kelembai. diletakkan pula beberapa kura-kura di sekeliling bekas tersebut.
maka terkejutlah sang kelembai ketika menemui bekas bayi dan org tua tidak bergigi di dalamnya. fikirnya org tua yg tidak bergigi itu seorg bayi dan kura-kura itu adalah kutu. takutlah dia menyangkakan tentu di kawasan itu kawasan gergasi. tentu dia akan dibunuh jika tanpa sengaja menyebabkan salah seorg dari gergasi itu menjadi batu. maka dengan itu sang kelembai pun masuklah jauh ke dalam hutan. dan tiada siapa mendengar kisahnya lagi selepas itu.
***
maka kembalilah lagi pada kisah serunting, setelah beberapa berkelana dan melihat segala rencam hidup, dia pun menginsafi kesalahannya. dikhabarkan bahawa dia telah mengubah bukit serut yg gondol menjadi hutan kayu yg rimbun. gembiralah sekalian penduduk di sekitar itu menikmati hasil hutan yg berlimbah. namun tetaplah dia digelar si pahit lidah.
***
begitulah adanya sekalian kisah mengenai sang kelembai atau sang gedembai atau mungkin juga si pahit lidah. semuanya mempunyai kesaktian yg sama iaitu boleh mengubah apa saja menjadi batu. benarkah segala batu yg menyerupai manusia, gajah, barang2 dan yg dikatakan bekas tapak kaki sang gedembai di pulau tuba dan di batu maung pulau pinang itu hanya dongeng belaka? atau mungkinkah sebuah lagi metafora melayu? atau mungkin ini benar2 kejadian.. bukan chobaan.. (?) ;)
EKONOMI ASAS BAB3
| 01:29 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Persamaan antara Perdaganggan Dalam Negeri dengan Perdaganggan Antarabangsa6M > Mengamalkan Pengkhususan > Mendapatkan keuntungan > Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna > Meningkatkan taraf hidup rakyat > Memerlukan perkhimatan sokongan yang sama > Melibatkankan penggunaan dokumen
10 Tips Pikat Lelaki
Monday 6 August 2012 | 00:36 | 0 Dancing Queen and Prince Says
7 cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta
Sunday 5 August 2012 | 23:38 | 0 Dancing Queen and Prince Says
1.) Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa. 2.) Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih. 3.) Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat. 4.) Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif. 5.) Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan-kawan. 6.) Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda. 7.) Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang.
Ilusi Sebuah Mimpi - Bloodshed
Saturday 4 August 2012 | 06:49 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Berterbangan ke kota-kota Terhenti di tapak keriangan Berhambur permata jingga Bermandikan keindahan Gelincir dunia di pandangan Redup panas berubah keadaan Bersilangan tangan menggapai Sendi kaku kebujuran Suasana berganti bercerumuh di hati Keriangan bertukar ngeri Bumi luruh sendiri menyepi Kucapai awan berlainan Bayu bertiup sepi Aku tinggalkan sendiri Bagai tiada matahari Lenyap dari pandangan gelisah Ku menangis tiada teman Kedinginan lemas berpeluhan Tersedar ku kesiangan...oh Ku merenung jiwa menyendiri Illusi sebuah mimpi...oh |