|
Engkau yang aku cintai
Sunday 29 March 2015 | 07:58 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Detik demi detik, Hari demi hari bagaikan tak percaya bila sidia melamar aku setelah sekian lama aku menantikan dirinya. Tapi jauh dibenak hati aku untuk mempercayainya 100% kerana sebelum ini aku yang menyukainya tapi sebalik baginya kerana dia tak pernah menunjukkan respon yang positif memandangkan sidia sudah berpunya sebelum ini. Adakah dia menerima aku kerana terpaksa atau simpati?? Yaa Allah despratenya aku.
Jujur aku katakan perkenalan aku dengan sidia tidaklah begitu indah kerana kami dikenalkan melalui kawan sekampungnya. Dari situ bermulalah perkenalkan kami tapi atas dasar persahabatan sahaja. Ntah kenapa perasaan seorang sahabat itu tidak begitu dekat pada aku , mungkin aku mengharapkan yang lebih dari dia. Tidak dinafikan bertahun tahun aku menunggunya tapi dia tidak sekali memandang aku. Dalam berapa tahun itu dia sudah 2kali bertukar pasangan sedangkan aku masih menantikan dia. Apa yang aku respect dengannya ialah dia seorang bertanggungjawab , kelakar , memahami , dan yang paling penting dia seorang yang setia. Tapi kenapa masih ada yang sakitkan hati dia dengan curang dibelakangnya. Hargailah dia walai insan yang dicintai !
Setelah bertahun aku menantikan sidia, aku dapat berita yang aku sendiri tak tahu sedih atau gembira. Sedih kerana dia kehilangan kekasih yang dicintai, Dan gembira kerana aku mungkin peroleh peluang untuk memiliki hatinya. Dia tahu aku menyukainya kerana ada kawan aku yang memberi tahunya. Setelah dia putus dengan ex, aku yang dicarinya dan terus purpose . Katanya "Lebih baik saya terima orang yang mencintai saya daripada saya mencintai orang lain". Agak sentap juga dengan ayat itu kerana aku juga menolak orang lain yang mencintai aku demi orang yang aku cintai. Mashaallah !
Walaupun aku mencintai sidia tapi aku was was untuk menerimanya kerana aku takut kehilangan. Dia menerima aku dalam keadaan hatinya sedang sakit. Mungkin dia akan meninggalkan aku disaat hatinya mula pulih. Aku takut akan hal itu. Biarkan masa dan waktu yang menentukan arah tuju hubungan kami. Buat masa ini aku lebih selesa berkawan bersama dia walaupun kami tahu perasaan kami memasing. Jika dia ingin bersama orang lain aku tak kisah kerana itu hak dan pilihan dia. Selagi dia belum menjadi milik aku, aku tak ada hak menghalang dia buat keputusan untuk hidupnya. Apa yang aku mampu hanyalah mendoakan kebahagiaan dia dan kesejahteraan dia. Aminn !
|