|
kejadian yang menjadi kenagan kepadaku
Sunday 22 December 2013 | 09:19 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Girangnya hati apabila semangat membuak buak ingin pergi ke kolej. Semalaman tak tidur dek kerana asyik terfikirkan kolej sahaja. Menjadi orang pertama yang bangun untuk tempah tiket masuk bilik air. Yeayy sebenarnya tak tidur pun sebab tu terlajak awal bangunnya. Selalunya akulah org yg paling liat nak bangun tau. Hahah xD :)Siapkan diri adalah rutin harianku. Macam biasalah tanpa makeup rasanya kurang lengkap aktiviti harianku. Mukaku pun dah mula hilang seri sebab selalu bermakeup tapi apakan daya tanpa makeup muka aku dah macam "mayat hidup". Dengan wajah yang ceria kakiku mula melangkah keluar dari rumah dengan harapan ingin ke kolej. Setibanya aku beserta sahabat2ku dibawah, kami digemparkan berita yang mengejutkan apabila sahabat seperjuangan kami telah diragut oleh penyamun yang tak bertauliah. Bermulanya dengan kes ragut, hati siapa yang tak risau jika diri menjadi mangsa seterusnya. Aku juga tidak terkecuali dr berfikiran sebegitu. Dilupakan kes itu, timbul pula kes lain. Setelah selesai sarapan digerai berhampiran kolej, kami di hanyutkan oleh bau yang tidak menyenangkan hati iaitu bau Asap Kebakaran. Lantas kedengaran bunyi siren bomba memasuki kawasan kolej. Orang ramai berpusu2 menyelamatkan diri tapi aku??? Masih stady dimeja makan. Hahaha xD gental la katakan. hihihi xD :) Hilangnya kebakaran muncul pula kes yang lain. Hadoiii banyak betul perkara yang berlaku dlm sehari. Dengan kepenatan melanda hariku, Kami pun pulang ke rumah dengan hati yang sedih bercampur aduk happy sbb cuti bakal bermula, heheh xD :D . Setibanya kami dirumah, aku mengambil keputusan untuk mendobi baju di dobi berhampiran bersama rakan2ku. Semasa mesin itu sedang berputar, kami pun bergegas ke restoran berhampiran untuk menjamu selera. Perhhh kenyangnya perut, Hati rasa girang dan riang. Dum ! Dum! Bunyi apakah itu?? Kami tidak pedulikan bunyi itu. Setelah 5minit berlalu kedengaran siren ambulance berhampiran orang ramai. Aku tertanya2x apakah yang sedang berlaku itu? Menoleh kekiri aku dikejutkan musuh dalam selimut a.k.a spy HEP yang memasuki kedalam ambulance itu. Rupanya dia yang telah kemalangan dilanggar oleh kereta yang rosak berhampiran kondo. Teruk jugalah keadaannya. Yang paling menyayat hati adalah kenderaan yang ditunggangi oleh mereka itu remuk bagaikan tiada rupa motor lagi. Kalau motor dia tidak kisahlah, inikan motor orang lain. Pasti sedih tuan punya kenderaan kan? Aku tumpang simpati. Tapi alhamdulillah keadaan 'musuh' tidaklah begitu teruk. Aminn !! Kenangan yang cukup berharga. 3kejadian dalam satu hari. Yang boleh aku jadikan teladan dan pedoman terhadap diri aku sendiri. |